Acara Sekitar Negeri Pahang

KBS FREESTYLE CHALLENGE HSN2021 DAERAH RAUB

KBS FREESTYLE CHALLENGE HSN2021 DAERAH RAUB Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap dan berasal dari daerah Raub sahaja. Tiada had umur penyertaan. Pendaftaran adalah percuma. Penyertaan adalah secara individu. Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar video penyertaan (format video 720p ke atas) kepada urusetia. Video mestilah terkini dan dirakam dalam jangka masa pertandingan berlangsung. Video tidak boleh diedit dengan cara apapun. Sebarang kesan khas, tajuk dan muzik tidak diperlukan di dalam video. Jika didapati terdapat sebarang kesan suntingan/edit penyertaan peserta dibatalkan.   Penilaian Pertandingan Peserta akan dinilai dari jumlah timbangan dalam sekali percubaan sahaja. Jumlah timbangan tertinggi akan dikira sebagai pemenang. Timbangan hanya menggunakan bahagian kekura kaki kiri atau kekura kaki kanan. Kandungan video hanya ada peserta dan bola sahaja. Tidak ada penggunaan tangan (paras bahu  hingga hujung jari), tiada eksesori dan tiada orang lain. Kiraan akan bermula pada sentuhan pertama mana-mana kekura kaki dan 60 saat berikutnya. Timbangan selepas bola jatuh dan menyentuh lantai/rumput  atau selepas 60 saat tidak akan diambil kira.

Event Information

Event Date 10-01-2021
Event End Date 10-08-2021
Capacity 100
Location RAUB

Location Map