HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KPM 2022

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KPM 2022 Program Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)2022  merupakan Program Kecergasan KPM Peingkat Kebangsaan Sempena Hari Sukan Negara. Program ini adalah terbuka kepada semua yang berminat untuk menyertai  program Senamrobik, Jalan Ria, Klinik Sukan Frisbee, Petanque, Cup Stacking, Dodgeball dan Klinik Lompat Tali. Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Bola Keranjang 3 on 3, Bola Jaring 3 on 3, Frisbee adalah khas untuk penyertaan murid sekolah yang dikenalpasti oleh JPN Selangor, JPWPKL dan JPWPP.  Program ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin bersama-sama barisan Pengurusan Tertinggi KPM, Pengarah-pengarah serta Setiausaha-setiausaha Bahagian KPM.  Murid-murid yang menyertai program ini akan diberikan sijil penyertaan kebangsaan dan diiktiraf dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. E-Sijil akan diberikan kepada murid-murid yang walk-in dan berdaftar di kaunter pendaftaran di lokasi pada 8 Oktober 2022. Semua yang hadir pada hari tersebut boleh menyertai Klinik-klinik sukan yang diadakan.

Event Information

Event Date 10-08-2022 7:00 am
Event End Date 10-08-2022 2:00 pm
Capacity 10
Location PADANG SEMARAK, TAMAN WETLAND,

Location Map