Acara Sekitar WP Putrajaya

HARI SUKAN NEGARA JPM@MAKSAK 2022

HARI SUKAN NEGARA JPM@MAKSAK 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera, YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr/ Tuan/ Puan,  

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.  

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) yang akan diadakan serentak di seluruh negara pada 08 Oktober 2022 (Sabtu). Hari Sukan Negara adalah agenda nasional yang merangkumi penglibatan dalam kalangan masyarakat serta penyertaan daripada sektor awam dan swasta.

3.      Sehubungan itu, selaras dengan objektif HSN2022, Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat JPM@MAKSAK 2022. Jabatan ini menjemput YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr/ Tuan/ Puan untuk hadir bersama bagi memeriahkan lagi sambutan ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:            

Tarikh         : 08 Oktober 2022          

Masa          : 8:00 Pagi – 2:00 Petang          

Tempat      : Dewan Maksak Putra, Presint 14, Putrajaya

4.      Sambutan Hari Sukan Negara peringkat JPM@MAKSAK 2022 ini juga mempertandingkan beberapa aktiviti sukan yang melibatkan penyertaan daripada warga JPM. Pertandingan ini akan dijalankan secara terbuka dan kepada yang berminat, diminta untuk mendaftar pasukan dan juga pemain di pautan yang telah ditetapkan sebelum 5 Oktober 2022 (Rabu) mengikut sukan yang dipertandingkan dibawah:            

4.1    Dart: https://forms.gle/VG2gBCUCtSXjHqts8          

4.2    Futsal (Shoot Out): https://forms.gle/juVUAeqQeNCvz65ZA

 4.3    Bola Jaring (Shoot Out): https://forms.gle/gDNNGqpTzFQ7oFPc8          

4.4    Ping pong: https://forms.gle/RgnALLuyzhCdPbKE9          

4.5    E-Sport (Fifa): https://forms.gle/NhRCCjQipUES4psJ6  

5.      Bersama-sama ini dilampirkan syarat-syarat umum pertandingan bagi semua pasukan.  

6.      Sebarang penyelarasan lanjut, dipohon pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr/ Tuan/ Puan, untuk berhubung terus dengan Urus Setia di JPM seperti berikut:

6.1    Puan Nadlin binti Alwi / 03-887234341 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

6.2    Encik Muhammad Humaidi bin Abdullah / 03-8872 3784 / ktk_humaidi @jpm.gov.my; dan          

6.3    Encik Muhammad Raziq Haiqal bin Roslan / 03-8872 3440 / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.          

Event Information

Event Date 10-08-2022
Event End Date 10-08-2022
Capacity 300
Location MAKSAK

Location Map